Apex hendak bersara awal?


Sungguh satu kerugian buat Malaysia jika Khairul Fahmi atau Apex bersara awal dari arena bola sepak. Seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan, Apex pernah terfikir untuk bersara awak akibat tidak tertahan dengan kontroversi yang sering melanda dirinya. Jika ini berlaku maka kita akan kehilangans seoran penjaga gol yang hebat yang boleh dhrap untuk mempertahankan maruah negara dalam arena bola sepak.


Kesian Apex gara-gara segelintir orang yang terlalu suka menjaga tepi kain orang lain kehidupan Apex sering tertekan. Apex pun manusia biasa juga, janganlah kita hendak menghakimi Apex atas segala tindak tanduknya. Biarlah itu sebagai salah satu sisi kehidupannya. Apa yang penting ialah pencapaiannya ketika beraksi di padang. Jika ketika itu persembahan Apex tidak seperti yang diharapkan maka barulah kita boleh memberi komen yang membina bukan dengan menyebarkan aib seseorang.

Apapun untuk Apex diharap bersabar, memang beginilah asam garam kehidupan bila dah jadi terkenal. Jadikan semua itu pengajaran. Semoga terus kebal dalam mempertahankan gawang Malaysia. Teruskan mengaum wahai Harimau Malaya.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...