Cara untuk mengenali karektor orang


Ingin mengenali watak seseorang yang baru anda kenali? kadangkala untuk memahami tentang perwatakan seseorang memerlukan tempoh masa yang lama. Kadangkala boleh mencecah bertahun-tahun barulah kita tahu sifat sebenar rakan kita. Namun begitu terdapat satu teknik yang dapat memberi kita gambaran awal mengenai karektor seseorang.


Namun pergi lebih jauh lagi biarlah saya terangkan secara ringkas mengenai karektor seseorang. Karektor seseorang dipengaruhi oleh beberapa elemen iaitu elemen udara (sanguinis), elemen api (koleris), elemen tanah (melankolis) dan elemen air (plagmatis). Elemen-elemen inilah yang akan memepngaruhi karektor seseorang samada pemarah, penyabar dan sebagainya. (kita akan bincangkan lebih lanjut mengenai elemen-elemen ini di post selanjutnya)

Untuk mendapat gambaran awal mengenai karektor seseorang kita boleh perhatikan matanya. Pancaran mata seseorang tidak mampu menyembunyikan rahsia hati seseorang. Sebab itulah kebanyakan orang yang hendak menipu takut untuk bertentangan mata. lagipun pandangan mata mempunyai kuasa magisnya yang tersendiri.

Jika sorot mata seseorang selalu berbinar atau bercahaya dan berkaca-kaca manakala anak matanya cenderung besar maka orang ini merupakan seorang yang ceria, pandai bergaul dan sering menjadi perhatian orang disekelilingnya. Orang ini akan sering bersikap happy go lucky.

Jika seseorang yang mempunyai sorot mata yang tajam dan berani bertentangan mata dengan orang lain biasanya orang ini mempunyai kemahuan keras dan mempunyai bakat pemimpin.

Selain dari pandangan mata, kita juga boleh mengetahui karektor seseorang melalui cara dia bertutur. Sebagai contoh jika seseorang yang sering bercakap yang menunjukkan dia terlalu banyak kebimbangan maka di adalah seorang suka murung, sedih dan suka menyendiri. Biasanya orang seperti ini amat perahsia.

Jika seseorang yang tidak suka banyak bercakap tetapi lebih suka mendengar maka orang seperti ini mempunyai sedikit sifat malas dan lambat berkerja.

Banyak lagi cara yang boleh kita gunakan untuk mengenal karektor seseorang seperti bahasa tubuh, sikap dan penerimaan, cara berpakaian, cara membuat keputusan dan banyak lagi bergantung kepada pengalaman anda. Dilain kesempatan saya akan berikan lagi beberapa tips untuk mengenal karektor orang disekeliling kita.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...