Sahabat bermusim...

Bercakap tetang sahabat tentu ramai yang mempunyai sahabat atau rakan karib. Aku pun macam tu juga, Namun dalam bersahabat ini aku sering berjumpa dengan sahabat jenis bermusim. Korang faham apa itu sahabat bermusim?




Sahabat Bermusim ialah seorang individu yang hanya mahu berkawan apabila mempunyai tujuan dan maksud untuk kepentingan mereka. Dan sahabat seperti ini yang ramai disekeliling kita. Aku puas berurusan dengan mereka-mereka ini. Bila kita diperlukan punyalah baik segala tutur kata, tetapi bila dah tak diperlukan tengok muka pun dorang tak mahu. Kawan macam ni memang ramai dan boleh dikatakan hampir keseluruhannya seperti itu.

Dalam hidup aku ini aku rasa cuma beberapa orang sahaja yang boleh aku iktirafkan sebagai sahabat sejati. Susah senang bersama menolong tanpa mengira keadaan dan mengharap balasan. Selebihnya semua sahabat bermusim. Semasa aku aktif dengan Rakan Muda, kebanyakan sukarelawan di kawasan aku bersikap seperti itu. Bila ada program masa itulah mereka semua menunjukkan manis muka. Tapi bila sudah selesai jangan harap mahu tengok muka aku ni. Susah kawan seperti ini.

Bila aku aktif dengan Pengakap pula, aku ingatkan keadaan akan jauh berubah, tapi malang, keadaannya tidak jauh berbeza. Sahabat bernusim masih banyak. Lebih-lebih lagi bila aku dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Daeah, lagilah dorang menunjukkan muka baik sebab hendak join aktiviti.


Sahabat bernusim ni bukan sahaja untuk orang-orang biasa tetapi ada juga yang berjawatan tinggi dan mempunyai kedudukan. Aku pernah berjumpa dengan orang seperti ini. Dia ni seorang pegawai untuk sebuah jabatan yang baru ditugaskan di Sabah. Ketika dia mula-mula sampai di Sabah akulah orang yang sering menjadi penemannya kemana-mana. Tidak kiralah untuk tugas jabatannya atau tidak. Sebagai sahabat aku temankanlah lagi pun orang baru mana kenal kawasan sekitar. Tapi bila lama-lama baru aku tau dia ni pun jenis sahabat bermusim...hmmmm Bukan mengungkit tapi sekadar contoh...

Namun begitu bukan semua orang seperti itu. Aku percara didunia ini masih ramai yang boleh dijadikan sahabat sejati. Cuma masa dan keadaan sahaja yang belum mengizinkan untuk kita berjumpa dan menjadi sahabat sejati.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...