Salam Aidiladha


Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan salam Aidiladha kepada semua kaum muslimin dan muslimat dimanapun berda. Semoga dengan kedatangan aidiladha kali ini memberi keinsafan kepada kita semua. Asal tiba sahaja aidiladha ramai yang bercakap menegenai korban. Tapi adakah kita betul-betul faham apa itu pengorbanan?.



Di sana-sini orang sibuk bercakap tentang korban. Hari ini sahaja aku banyak mendengar orang bertanya berapa ekor ko korban tahun ini? Tapi aku tak pernah dengar pun orang bertanya ko tahu ka aapa itu korban? Rasanya kita perlu berfikir kedalam dirikita sendiri sebenarnya apa yang telah kita korbankan untuk agama dan negara kita ini? bukan hanya nak tahu jumlah berapa kita nak korbankan. Bagi akulah berapa jumlah sekalipun kita lembu kita korbankan tetapi kita tidak faham apa itu korban tidak ada makna apa-apa juga. Untuk itu mari kita hanyati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan juga anaknya Nabi Ismail. Semiga kita akan faham makana korban yang sebenar.

Kisah Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail kerana hendak memenuhi perintah Allah sebenarnya adalah simbolik kepada ibadah korban yang sering kita lakukan hari ini. Nabi Ibrahim telah berminpi yang dalam mimpinya Nabi Ibrahim telah diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail sebagai korban. Nabi Ibrahim terkejut dengan mimpinya lalu baginda berdoa kepada Allah dan memohon ampun lalau baginda tidur kembali. Tetapi Nabi Ibrahim kembali bermimpi dengan mimpi yang sama. Mimpi tersebut berulang sehingga tiga kali. Akhirnya Nabi Ibrahim mengetahui bahawa mimpinya merupakan satu ujian dari Allah yang harus dijalani.

Lalu Nabi Ibrahim memanggil anaknya Nabi Ismail dan mengatakan mimpinya tadi. Nabi Ismail dengan penuh tabah menerima perintah Allah tanpa rasa menyesal. Nabi Ibrahim telah berkata kepada Siti Haar untuk memaikan pakain yang cantik-canti kepada Nabi Ismail kemudian Nabi Ibrahim telah membawa Nabi Ismail dekat dengan kota Mina. Ketika itulah iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim agar membatalkan niat beliau untuk menyembelih anaknya sendiri. Melihat perkara tersebut Nabi Ismail ketakutan dan pergi kepada ayahnya Nabi Ibrahim.

Iblis berkata "Apakah kamu tidak melihat badannya yang gagah, wajahnya yang tampan dan perilaku yang sopan?"

Tapi Nabi Ibrahim menjawab "Ya, tapi aku diperitahkan olehTuhanku untuk meyembelihnya"

Apabila iblis putusasa memujuk Nabi Ibrahim, lalu iblis pergi menemui Siti Hajar lalu berkata "Bagaimana boleh kamu duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelihnya"

Siti Hajar berkata "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak sanggup menyembelih anaknya sendiri"

Iblis berkata "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisa. Dia mengira Tuhannya menyuruh untuk itu"

Siti Hajar menjawab "Nabi tidak diperintahkan untuk sesuatu yang sia-sia.Tpi jika Allah memang memerintahkan untuk itu aku sendiri bersedia menurut perintah dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa tapi anakku sendiri rela ku korbankan Demi Allah S.W.T"

Setelah gagal memujuk Siti Hajar, iblis terkutuk pergi kepada nabi Ismail dan berkata "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu"

"Jangan berdusta wahai iblis, mengapa ayah aku hendak menyembelih aku?" tanya nabi Ismail.

"Dia mengira Tuhannya menyuruh berbuat demikian."

"aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku" tegas nabi Ismail.

KetikaIblis hentak melontarkan kata-kata lain, Nabi Ismail teleh memungut batu dan tanah lalu melempar kepada iblis hingga pecah mata kiri iblis dan mejadi buta. Setelah itu barulah iblis pergi.

Nabi Ismail telah meminta agar Nabi Ibrahim agar mengikat tangannya agar beliau tudak dapat bergerak-gerak dan menghadapkan mukanya ketanah agar Nabi Ibrahim tidak dapat melihat wajahnya. Nabi Ismail juga meminta agar Nabi Ibrahim melipat lengan bajunya agar tidak terkena darahnya yang boleh mengurangkan pahalanya dan membuatkan ibunya tahu dan bersedih. Selain itu Nabi Ismain juga meminta agar Nabi Ibrahim menajamkan piaunya dan mempercepatkan sembelihan agar beliau tidak merasa kesakitan terlalu lama. Nabi Ismail juga meminta agar Nabi Ibarahim membawa bajunya kepada ibunya sebagai kenang-kenangan serta sampaikan salam hormat beliau kepadanya. dan meminta kepada Nabi Ibrahim mengatakan kepada ibunya supaya bersabar menerima ujian dari Allah.

Setelah itu Nabi Ibrahim telah berusaha menyembelih leher Nabi Ismail tetapi pisaunya tidak mampu melukakan nabi Ismail. Lalu Allah memeritahkan agar Nabi Ibrahim menyembelih seekor kibas bagi menggantikan Nabi Ismail. Peristiwa inilah yang menjadi amalan kepada kita dalam menjalankan ibadah korban.

Begitulah secara ringkas mengenai kisah Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anaknya demi mejalani perintah Allah. Semoga kita dapat mengambil pengajran darinya. Sebenarnya kisah mengenai korban ini bukan sahaja berlaku pada zaman nabi Ibrahim sahaja tetapi juga berlaku pada zaman sebelum itu lagi. Banyak kisah tentang pengorbanan yang boleh kita mabil ikhtibar. Semoga aku diberi kekuatan untuk menceritakan satu hari kelak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...