Nombor Kehidupan


Anda tahu nombor kehidupan anda? Atau anda sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak mengira nombor kehidupan anda sendiri. Melalui nombeor kehidupan anda dapat mengenal personaliti anda atau sesiapa sahaja. Namun perlu diingatkan bahawa ini hanyalah sebagai salah satu cara untuk kita mengenal dan memahami personaliti seseorang. Samada benar atau tidak hasil keputusan pengiraan nombor kehidupan adalah bergantung kepada individu tersebut. Nombor kehidupan juga bukanlah satu ramalan masa hadapan yang amat dilarang dalam Islam.


Untuk mengira nombor kehidupan adalah dengan cara mencapurkan semua tarikh lahir anda. Sebagai contoh tarikh lahir anda ialah 9-9-1999 maka cara pengiraan nombor kehidupan ialah 0+9+0+9+1+9+9+9=46=4+6=10:1+0= 1 . Angka 1 adalah nombor kehidupan bagi tarikh lahir 9-9-1999. Satu contoh lagi untuk tarikh lahir 12-3-1979 maka untuk mendapatkan nombor kehidupan ialah 1+2+0+3+1+9+7+9=32. Namun begitu nombor kehidupan hanya merangkumi nombor 1 sehingga nombor 9 sahaja. Memandangkan hasil campur untuk tarikh lahir 12-3-1979 adalah 32, maka no 32 itu perlu dicampurkan semula iaitu 3+2=5, maka nombor kehidupan bagi tarikh lahir 12-3-1979 ialah 5. Secara ringkas pengiraan ialah 1+2+0+3+1+9+7+9=32 :3+2=5.

Berikut ialah hasil dan makna nombor kehidupan.
NOMBOR KEHIDUPAN
MAKNA NOMBOR KEHIDUPAN
1.        
Misi hidup kamu adalah untuk menjadi independen. Untuk mencapai hal ini, kamu perlu banyak belajar berdikari dan tidak bergantung dengan orang lain. Setelah bebas dan independen, anda berpotensi jadi seorang pemimpin yang baik. Sebagai pemimpin semula jadi, andamempunyai pengaruh untuk mengambil alih tiap situasi. Sayangnya, kadang kala anda terlalu yakin dan bersikap tidak sabar. Orang lain boleh memandang negative terhadap anda, terutama saat anda belum boleh menunjukkan jalan pikiran kamu yang sesungguhnya. Keburukkan  kamu yang paling ketara adalah sifat ego yang kadang-kadang muncul. Tapi biar bagaimanapun, karektor kamu sangat semula jadi. Kamu berbakat sebagai seorang inovator. Dalam tiap pekerjaan yang kamu pilih, sikap independen kamu akan terlihat. Kamu memiliki keinginan pribadi yang sangat kuat dan selalu merasa harus mengikuti keyakinan kamu sendiri.
2.        
Penuh perhatian tulus terhadap orang lain. Anda merupakan sumber yang selalu mengeluarkan idea-idea bernas untuk orang lain. Kamu jujur dan berfikiran terbuka dalam berkata-kata dan tindakan anda. Tidak hairanlah anda akan berjaya dalam semua aktiviti berkumpulan. Anda juga pandai menangani situasi dan boleh berkompromi agar suasana sekeliling kamu tetap harmini. Hebatnya, anda tidak suka merendahkan diri. Tapi sifat yang satu itu juga boleh menjadi negatif di saat-saat yang tidak tepat. Kesulitan terbesar yang mungkin akan sering menghambat langkah anda adalah sikap pesimis, kepasifan dan suka bertangguh. Kamu juga lebih suka dalam suasana yang akrab dan kurang kompetitif. Sifat-sifat ini tidak boleh dibiarikan mendominasi kamu, karena nanti boleh menghancurkan karier, terutama di bidang perniagaan.
3.        
Ekspresif, bergaul, dan kreatif adalah cirri utama anda.Anda tergolong entertainer bertaraf dunia, anda orang yang berbakat  dan optimistik. Anda mempunyai  bakat kreatif yang istimewa, biasanya dalam muzik, penulisan, melukis, berlakon, atau pereka  dan macam-macam lagi bidang yang memerlikan bakat semula jadi. Anda selalu positif dalam memandang kehidupan. Pembawaan anda riang dan terbuka. Kamu mendapat dugaan hidup seperti orang lain, tapi anda mampu bangkit dan bersemangat lagi. Anda penuh inspirasi, dan selalu mencari stimulasi dari orang-orang yang sealiran. Kalau anda mampu fokuskan energi dan bakat pada bidang yang tepat, anda boleh menjadi orang yang dikagumi dan mempunyai ramai peminat.
4.        
Anda terlalu banyak berharap dari diri sendiri, sama seperti kamu berharap dengan orang lain. Sebagai ketua, anda sering  melihat persoalan dengan cara praktis. Mempunyai kemahuan kuat yang sering disalahtafsirkan sebagai sifat keras kepala. Jika anda telah membuat  keputusan, anda akan terus melaksanakannya hingga mencapai konklusi. Tidak peduli peduli salah atau betuk. Nombor 4 ini dikaitkan dengan elemen bumi yang memberikan kekuatan dan perasaan realistik. Kalau sabar dan gigih, anda boleh mencapai kejayaan besar dalam hidup anda. Sisi negatif anda adalah terlalu dogmatis, berpandangan sempit, dan tidak fleksibel terhadap gagasan baru. Anda tidak suka dengan orang-orang yang berpandangan sempit, karena anda sendiri terbuka dengan semua perasaan anda. Selain itu, anda cenderung terlibat dalam rutin yang membosankan dan selalu kurang peka dengan hal-hal yang lebih luas. Akhirnya, anda selalu kehilangan banyak peluang.
5.        
Banyak minat, suka mengembara, dan progresif adalah gambaran mereka yang mempunyai nombor kehidupan 5. Anda tidak suka perkara yang berulang-ulang  dan selalu berusaha mencari jawapan bagi misteri kehidupan. Anda suka pada kebebasan, independen, dan tidak ada ikatan. Kerana terlalu periang, anda selalu mengutamakan kepuasan diri dan tidak peka dengan perasaan orang-orang di sekelilingmu. Lebih parah lagi, anda jadi suka mengutamakan diri sendiri berbanding orang lain. Anda boleh jadi seorang yang suka bersenang-senang, hidup untuk hari ini, dan tidak memikirkan hari esok. Anda malas bergaul dengan orang-orang yang serius dan banyak menuntut. Sedangkan orang-orang sebegini yang akan mengajarkan anda akan makna kehidupan yang lebih dalam.
6.        
Idealis dan sangat bertanggungjawab adalah sifat anda yang menonjol. Anda gembira  jika menjadi berguna kepada orang lain. Sumbangan terbesar anda untukt orang-orang sekeliling anda adalah memberikan advice, layanan dan sokongan. Kebijaksanaan, keseimbangan dan memahami  juga merupakan beberapa karektor yang membuat anda mudah memahami masalah orang lain. Tapi, ada saatnya juga sifat buruk anda datang, iaitu suka berlebihan (being a drama queen) dan merasa paling betul. Anda juga harus menghindari sikap memaksakan kehendak dan terlalu mengambil tahu masalah orang lain. Sebabnya, anda selalu merasa bertanggungjawab pada hal-hal yang sebenarnya bukan tanggungjawab anda. Sikap ini boleh mengakibatkan anda akan sering merasa bersalah.
7.        
Bersikap penyayang, tapi suka menganalisa dan tidak terlalu terbuka. Kekuatan diri anda terlihat melalui cara berfikir. Seorang intelektual yang selalu mengumpulkan pengetahuan dan ilmu baru dalam setiap hal yang anda temukan. Anda tidak akan menerima begitu saja sebuah pandangan tanpa mengujinya dan memperoleh konklusi sendiri. Anda memang seorang yang bijaksana. Anda pelukan ketenangan agar boleh mengenali isi hati. Anda mempunyai rakan yang sedikit, tetapi semuanya sangat rapat. Ini kerana anda tidak suka suasana yang ramai dan agak bersikap tertutup. Sebab itulah orang menganggap anda sombong. Sedangkan anda memang jenis yang suka bersendirian. Sifat negatif anda ialah sedikit ego dan manja. Apa yang perlu anda perhatikan ialah mengawal emosi kerana emosi anda boleh turun naik dalam masa yang singkat (tidak stabil).
8.        
Fokus anda adalah untuk mendapatkan kepuasan yang didapat dari dunia kebendaan. Anda tergolong orang-orang yang mempunyai keyakinan yang tinggi, kuat, serta berjaya dalam hal kebendaan. Independen, penuh dorongan, dan kompetitif. Rutin harian anda meliputi hubungan-hubungan perniagaan, praktikal dan kerja, sedikit sekali waktu untuk impian-impian dan khayalan. Anda tahu bagaimana mengurus diri dan persekitaran anda. Praktikal dan stabil dalam usaha mencapai tujuan. Mempunyai keyakinan yang membuat anda berani. Sifat negatif anda adalah kadangkala boleh dilihat sebagai diktator dan seringkali menghalang semangat dan usaha dari rakan-rakan disekeliling anda. Hal ini menimbulkan rasa terasing dan kesendirian. Berusahalah untuk menghargai usaha dan pendapat orang lain.
9.        
Sifat utama anda adalah kasih sayang dan sangat humanis(berperikemanusiaan). Ini adalah misi yang harus anda pelajari dalam hidup. Anda merupakan seorang individu yang boleh dipercayai dan mempunyai kepribadian yang mulia, anda juga seorang individu yang tidak mempunyai sifat perkauman dalam bentuk apapun. Anda akan berada pada posisi kehidupan yang tinggi dan dengan sendirinya mempunyai banyak tanggungjawab. Tujuan hidup anda bersifat falsafah. Kerjaya yang boleh kamu pilih ialah hakim, pemimpin spiritual (keagamaan), penyembuh dan pendidik. Anda mempunyai kemampuan untuk memahami orang yang jika digunakan dengan betul boleh bermanfaat bagi orang lain. Anda mudah didekakti dan disenangi oleh orang lain karena anda berjiwa sosial, bertolak ansur dan berwawasan luas. Anda juga seorang yang romantis dalam urusan cinta

Berapa nombor anda?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...