Sinopsis Filem Raya Tak Jadi

Tidak hairanlah mengapa filem Raya Tak Jadi arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen mampu meraih kutipan RM3.1 juta hanya dengan tempoh 4 hari tanyangan. Dengan kelainan yang dibawakan di tambah dengan gabungan matap Saiful Apek dengan Johan Raja Lawak yang mempunyai peminat tersediri menjadi faktor utama kejayaan filem ini.


Jika sebelum ini ramai yang mengkritik filem arahan Prof Madya A. Razaka Mohaideen kerana kurang berjaya menambat hati pengemar filem Melayu tapi kali ini dengan lawak spontan dari Apek dan Johan telah berjaya menutup semua kritikan terhadapa Prof Madya A. Razak Mohaideen. Tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga terus berjaya pada masa-masa akan datang.

Sinopsis :
Kisah bermula apabila Leo, seorang ahli perniagaan kurma merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-raja en. Ehsan (Jalaludin Hassan) akibat kerugian yang bakal beliau hadapi akibat kontena kurmanya tidak sampai seperti yang di jadualkan. Untuk itu Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk melaksanakan rancangan jahatnya. Malangnya Ali dan Abu telah tertukar teksi dengan Shuib (Apek). Shuib dan adiknya Bob (Johan) telah menjumpai en. Ehsan di bonet kereta mereka dan mereka menyangka en. Ehsan telah meninggal dunia. Ali dan Abu berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka merancang untuk menculik ibu dan adik Shuib. Untuk selanjutnya saksikan filem Raya Tak Jadi di pawagam terdekat. :)

Filiem terbitan Grand Briliance ini membariskan pelakon handalan seperti Saiful Apek, Johan Rajak Lawak, Mak Jah, Jalaludin Hassan dan Wan Sharmila




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...