Malah kajian juga membuktikan bahawa dengan memakan cokelat dalam kadar yang tidak berlebihan mampu memberi banyak manfaat kepada manusia. Cokelat kaya dengan antioksida dan juga mampu mencegah penyakit jantung dan kanser. Jangan pernah taku untuk makan cokelat dengan syarat makan dalam kuatiti yang diperlukan oleh badan kita atau dalam kata lain makan secara sihat.
Dengan pengambilan cokelat sebenarnya dapat membantu untuk kita merassa lebih releks. Kesan tenang ini adalah hasil theobromine yang terdapat dalam cokelat.Bahan ini akan mestimulasikan sel saraf sehingga menimbulkan rasa tenang pada pemakan cokelat.Theobrimine juga akan meransang produksi senyawa kimia iaitu seroth yang akan meningkatkan mood menjadi lebih baik dan secara tidak langsung akan membuatkan kita lebih bersemangat. Malah ia juga mampu meningkatkan ghairah manusia hasil dari ketenangan yang diperolehi. Pendek kata bila hati sudah senang maka segalanya dapat berjalan dengan baik kerana kita mampu berfikir secara baik.
Untuk itu jangan pernah takut untuk makan cokelat...


No comments:
Post a Comment