Ramalan Tentang Hari Kiamat

lokasi peninggalan tamadun Mayan di Chiapas Mexico

Tengah asyik membaca akhbar hari ini, aku terjumpa pula satu artikel yang berkaitan dengan hari kiamat. Apalagi aku pun teru membaca artikel tersebut. Menurut artikel tersebut kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Tak lama lagi tu. Ramalan ini dibuat oleh penduduk Mayan. Masyarakat ini memang terkenal dengan kebijaksanaan mereka sehinggakan ramai yang memandang serius mengenai ramalan yang mereka lakukan.


Namun begitu ramai ahli arkiologi berpendapat bahawa ia bukanlah satu kiamat tetapi adalah satu titik penamat bagi kalender Mayan. Maknanya pada 1 January 2013 tu masih ada cuma tidak terdapat dalam kalender Mayan lagi. Alaa kita macam yang kita hadapi dahilu semasa alaf baru.

Sedikit maklumat mengenai tamadun Mayan ini. Tamadun mayan mencapai kemuncak kegemilangan pada tahun 300 masihi sehingga tahun900 masihi dan mereka mempunyai kemahiran luarbiasa berkaiatan dengan astronomi. Kalender masyarakat Mayan bermula pada 3114 SM dan mengambil masa selama 394 tahun untuk melengkapkan satu kitaran yang dikenali sebagai Baktun. Baktun yang ke-13 akan berakhir pada 21 Disember 2012 iaitu pada tarihk kiamat "dijangkakan" oleh masyarakat Mayan. Teori kiamat ini berpunca dari batu besurat yang dijumpai 1960-an di tapak arkiologi Tortuguero di negeri Tabasco berhampiran dengan teluk Mexico.

Persoalannya benarkah 21 Disember 2012. Menurut Nasa pada tarikh tersebut komet X akan melintasi bumi. Namun begitu tiada siapa yang tahu tarikh sebenar bila hari kiamat akan berlaku kerana itu telah menjadi rahsia Allah. Kita sebagai hambaNya hanya perlu bersedia dan percaya bahawa kiamat itu pasti datang. Sebagai umat Islam kita tidak sepatutnya menghabiskan masa berfikir bila akan kiamat tetapi harus bersedia untuk mengahadapi kiamat. Aku juga mohon jangan ada yang salah faham dengan artikel ini. Aku tulis artikel ini bukanlah kerana aku pecaya dengan ramalam Mayan ini tetapi sekadar untuk berkongsi dengan semua bahawa kimata telah dekat. Bukan kah Nabi sendiri peernah menyatakan bahawa kiamat sudah sangat hampir dan ia akan jatuh pada hari Jumaat. tahukah anda 21 Disember 2012 tu jatuh pada hari apa? Jawapannya ialah hari JUMAAT.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...