1 Hari lagi

Hari ini aku kembali berdepan dengan situasi dimana nak ku cari duit...untuk sesetengah orang mungkin hari ini merupakan hari yang biasa sahaja, maklumlah dah ada kerja tetap dan berpencen, tak macam aku...Projek memang ada cuma belum jalan ja lagi. Hari ini tak tahu nak buat apa. Lepak rumah bosan berdepan dengan pandangan sinis orang-orang yang tidak memahami aku.


Semua kata aku malas, tak nak cari kerja tetap. Korang tidak faham masalaha aku. Aku pun nak hidup senang, ada masa depan tapi aku nak macam mana. Aku dah bebrusaha tetapi belum ada rezeki lagipun bukan aku tak beli beras pun. Kalau ada yang nak minta aku tolong punyalah manis muka bila tiada kutuk belakang aku.

Ada juga aku terima panggilan dari seorang yang mengaku rakan untuk buat kerja. Tetapi macam berat nak terima. Bukan apa dahulu aku dah pernah kerja dengan dia tapi dalam 3 bulan tu cuma sebulan ja aku dapat gaji selebihnya kerja free, sampaikan aku terfikir sebenarnya aku kerja atau buat kerja amal. Dia ni cuma nak guna kepakaran yang ada pada aku untuk siapkan kerja dia. Payah orang macam ni.

Walau apapun biarlah aku jalani hidup aku yang sudah digariskan terhadapku. Bukankah rezeki itu di tangan Allah. Biar aku terus berdoa dan berusaha moga satu hari hidup aku berubah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...