Pukul 3 pagi

Jam 3 pagi aku tak tidur lagi...Mata pun tak mengantuk perut pula terasa lapar. Semua sebab nak seiap kan projek untuk besok. Kalau tak siap alamat tak dapatlah bayaran. Pagi-pagi begini udara terasa sejuk dan sunyi buat aku terasa damai dan tenteram. Disaat ramai yang sudah hanyut dibuai mimpi tapi aku masih berjaga demi mencari rezeki.

Penat dan mengantuk jangan ceritalah...kalau di ikutkan hati dari tadi lagi aku dah tidur. Tapi untuk kelangsungan hidup buat aku bersemangat untuk terus berjaga. Pagi ini terasa
sunyi, bunyi kereta pun tak kedengaran apalagi bunyi motor. Mungkinkah para perempit dan racer sedang bercuti. Cuma sekali sekala terdengar bunyi-bunyi pelik di luar rumah. Maklum sajalahkan malamhari, mungkin penghuni malam sedang berkeliaran diatas garis ketentuan yang telah ditetapkan keatas mereka.


Kadang-kadang aku terfikir betapa maha hebatnya Allah menciptakan malam dan siang untuk makhluk yang berbeza. Siang untuk manusia bergerak atas segala urusan keduniaan manakala malam untuk makhluk lain ciptaan Allah bergerak atas segala keperluan mereka. Mungkin kepekatan malam itu sendiri yang menghadirkan misteri dalam kehidupan ini.

Namun kadangkala yang pekat kelam itu bukalah satu yang hitam semata. Diantara pekat kelam itu akan ada satu cahaya rembulan yang indah bakal menyinar yang akan membawa keindahan pada seluruh alam tidak kira manusia atau penghuni malam. Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu lengkap dengan segala hikmah yang mungkin tidak terjangkau oleh keterbatasan fikiran manusia.

Namun begitu berjaga sehingga lewat malam adalah tidak baik untuk kesihatan. Jika tidak ada keperluan yang penting untuk berjaga malam maka lebih eloklah lena dibuai mimpi. Kajian ada menyatakan bahawa orang yang sering berjaga malam akan mengalami masalah obesiti...fikir-fikirkanlah itu baru obesiti belum lagi penyakit lain yang lebih berbahaya.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...