Susah bila berada di tengah.

Susah juga jadi orang tengah ni bila orang di sekeliling kita saling bertelagah. Kadang-kadang aku tersepit hendak menyebelahi siapa. Begini ceritanya aku ada seorang kawan yang tidak sebulu dengan pemimpin persatuan kami. Masalahnya pemimpin kami ni menganggap kawan seorang yang tak bertanggungjawab bila mengendalikan program. Si kawan ni pula jenis yang tak mahu nak dengar cakap oarang lain.


Pada dasarnya aku sebenarnya berada di pihak pemimpin ku ini. Bukan apa aku memang mengenal rakan ku ini. Dia memang agak nakal dan yang aku paling tidak suka ialah sikap kuat memerintah seolah-olah dia pemimpin tertinggi dan seorang yang serba pakar dalam semua bidang. Sebagai lelaki dia memang agak nakal dan materialistik. Tetapi dia juga sahabat aku malah salah seorang sahabat karib aku. Aku pernah cubamenasihatkan dia tetapi dia tidak pedulu. Katanya peduli apa orang nak kata yang penting dia bahagia.

Pemimpin aku ni pula jenis orang yang skema. Segala sesuatu kena ikut prosidur dan etika. Sekali dia tidak percaya pada seseorang maka selama-lamanya dia tidak akan percaya. Itulah sikap pemimpin aku ni. Dia ni cukup berkira tentang kewangan dan disiplin tapi aku suka dengan caranya.

Kerana sifat dua orang ini yang saling bertolak belakang buat aku tersepit. Si kawan tak mahu berubah manakala pemimpin aku ni pula tak mahu nak bagi peluang. Akibatnya bila aku jumpa si kawan dia akan kata pemimpin aku ni macam-macam (semuanya negatif belaka, sedangkan aku tahu dia cuma menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin), bila aku jumpa pemimpin aku ni pula dia akan kata kawan aku ni macam-macam (semua yang buruk-buruk juga) tapi apa aku boleh buat dia sahabat aku. Takkan aku nak buang sahabat hanya kerana perbalahan mereka. Adui pening aku jadinya. Tapi kali ini bila aku jumpa dorang aku akan cakap hal persatuan dan program saja hal-hal lain biar dorang yang selesaikan. Masing-masing dah besar dah boleh fikir cara matang. Aku senang saja kita jumpa cerita progam, cerita lain aku tak berminat.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...