Bila aku cuba menulis

Aku bukanlah seorang penulis hebat yang boleh mengubah sesuatu hanya melalui tulisan, tetapi aku adalah seorang yang mahu menjadikan tulisan sebagai satu cara untuk aku meluahkan semua isi hatiku. Walau aku pernah bercita-cita untuk menjadi penulis tetapi ianya berkubur begitu sahaja. Mungkin kerana aku tidak berbakat. Tapi benarkah bakat adalah semula jadi? ataupun bakat boleh diasah?...Apa-apalah yang penting aku akan cuba untuk kembali menulis walau aku bukan seorang penulis.


Menulis segala sisi kehidupan ku. Bukan untuk menunjuk tetapi sebagai cara untuk aku menghargai segala yang berlaku dalam kehidupan ku juga untuk aku memperjuangkan apa yang perlu aku perjuangkan memandangkan dalam usia sebegini aku masih lagi tercari-cari rentak kehidupan ku yang kadangkala tersadung membuatkan aku terjatuh dan merasa sakit. Terkadang aku berfikir mengapa hidup aku masih begini, penat sudah aku berusaha untuk mengubah hidupku tetapi masih juga tiada perubahan. Penat dan bosan aku jadinya namun aku tidak akan putus asa, Mungkin Tuhan masih mahu menguji aku. Lagipun Allah tidak akan menguji hambanya di luar batas kemampuanya.

Berusaha terus berusaha untuk mecapai cita-cita ku moga usaha ku kali ini di berkati Tuhan...amin



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...