Perhatian kepada semua.

Sekarang ini banyak sangat produk yang meragukan tentang status halalnya dipasaran walaupun mempunyai logo halal. Aku bukan nak mempertikaikan tentang kreadibiliti logo halal apa lagi untuk mencari salah siapa. Cukuplah aku berkongsi dengan para sahabat info produk-produk yang meragukan agar kita sebagai umat Islam tidak menggunakan apa lagi memakan makanan yang tidak halal.

Cuba perhatikan di sekeliling kita. Ada berapa banyak produk yang berasasl dari negara luar seperti Thailand, China, malah ada juga dari Eropah yang boleh menimbulkan keraguan dalan dalam diri kita berkenaan dengan status halal yang mereka ada. Malah ada juga produk yang tidak mempunyai logo halal
dijual dengan berleluasa. Untuk itu terpulanglah pada kita untuk membelinya.



Isu ini bukan baru berlaku namun masih terdapat banyak produk yang meragukan berada di pasaran. Antaranya ialah sosej tanpa jenama dari Thailand yang diragukan status halalnya semakin berlambak di pasaran. Difahamkan produk ini dibawa masuk dari Thailand secara haram oleh peruncit termasuk peniaga kecil kerana harganya murah berbanding produk biasa. Apa yang dikuatirkan sosej mengandungi DNA Babi selain diragukan tahap kebersihannya. Cerita ini pernah dimuatkan dalam beberapa akhbar tempatan bertujuan untuk memberi maklumat kepada kita semua tentang kandungan sebenar produk yang kita makan.

Satu lagi produk yang mengadungi DNA Babi ialah mentega berjenama Golden Chum. Produk ini bukan sahaja tidak halal malah ia sempat merugikan banyak peniaga kek batik Sarawak apabila kebanyakan pengusaha kek berkenaan diarahkan untuk memusnahkan semua produk mereka yang menggunakan produk berkenaan. Bayangkan berapa banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh para peniaga yang tidak bersalah hanya kerana sikap segelentir pengeluar yang hanya mahu mengaut keuntungan tanpa memikirkan orang lain.

Belum pun reda cerita produk makanan yang mengandungi DNA Babi timbul pula isu bir halal. Minuman yang berasal dari Timur Tengah dikatakan bebas dari alkohol. Namun begitu setelah kajian mendapati minuman berjenama Barbican sah mengandungi alkohol. Ujian terperinci oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel yang dihantar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menemui kandungan alkohol pada setiap sampel yang di hantar.

Mungkin banyak lagi produk-produk yang tidak halal berada di pasaran. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi JAKIM bagi mengelakkan kita teraniaya. Sahabat juga boleh melawati laman web JAKIM untuk sebarang perkembangan tekini mengenai status halal bagi satu-satu produk.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...