Azam baru azam lama...


Beberapa hari lagi tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya meninggalkan kenangan dalam sanubari warga dunia. 2012 pula bakal menjelma menjajikan pelbagai cerita menarik dan juga peristiwa besar yang bakal membawa kejutan.


Sudahkan azam 2011 tertunai semuanya. Satu persoalan sering timbul ketika tahun baru bakal menjelma. Namun kebanyakan orang azam tinggal aza. sahaja. Ada yang berazam berenti merokok tapi masuk 2012 masih juga tiga kotak sehari. Ada yang nak kawin tapi 1 Januari masih bujang juga. Macam-macam azam dibuat hasilnya tetap juga sama. Namun pasti ada juga yang berjaya dengan azam mereka. Bagi aku pula azam 2011 ada yag tercapai ada juga yang tidak. Entahlah kenapa, buka aku tak berusaha tetapi belum rezeki agaknya. Kehidupan pun aku rasa 2011 merupakan tahun yang penuh dugaan. Banyak masalah yang timbul dari dalam diri, keluarga dan macam-macam lagi. Tekanan hidup semakin bertambah lebih-lebih lagi bila sering berhadapan dengan orang yang sentiasa mahu menang tanpa mahu mengambik kira perasaan orang. Harap ada yang membela tetapi pembela mendiamkan diri. Aku sedar juga aku ini ibarat menumpang dalam keluarga sendiri. Penat aku dibuatnya. Azam aku tahun depan aku mahu lari dari semua masalah disini. Mungkin di tempat lain aku lebih tenteram. 'MAHARAJA' tak lagi darah tinggi.

2012...banyak cerita yang bakal berlaku. Tapi semua tu masalah negara...masalah aku entah macam mana. Tahun denpan pilihan raya dijangka akan dijalankan. Satu proses untuk menentukan masa depan negaraku. Masa depan aku juga tu. Walau apapun yang bakal berlaku 2012 hidup mesti diteruskan aku pasti tetap berdiri berhadapan dengan segala rintangan. Moga Allah permudahkan perjalanan ku.

Selamat menyambut tahun baru 2012.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...