Sinopsis Filem Papa I Love You


Kisah bermula apabila Baha lakonan Zalif Sidek berusaha untuk bertahan hidup demi anaknya Mia lakonan Mia Sara. Setelah kehilangan isterinya, Baha seperti kehilangan keyakinan diri namun anaknyalah menjadi pendorong semanagt untuk Baha terus hidup.


Perkenalan dengan Elly lakonan Lisa Surihani banyak membantu Baha menguruskan Mia yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Pada masa yang sama juga Elly mempunyai masalah dengan ayahnya iaitu Datuk Kudin lakonan Zaidi Omar.


Datuk Kudin merupakan seorang yang amat mementingkan kerjayanya sehingga mengakibatkan Elly kekurangan perhatian dan bersikap memusuhi ayahnya. Baha menjadi orang tengah dalam usaha memperbaiki hubungan antara Elly dengan ayahnya tetapi telah mengakibatkan hubungannya dengan Elly tegang. Perpisahan Baha dengan Elly mengakibatkan Mia sedih dan secara tidak sengaja ditimpa kemaalangan. Namun ini membuatkan Elly sedar melihat betapa besarnya kasih sayang Baha terhadapa anaknya dan berazam untuk memberi peluang kepada ayahnya, Datuk Kudian.

Filem terbitan Metrowelth ini akan berada diwagam pada 29 Disember 2011. Filem bergenrekan kekeluargaan ini sesuai untuk tontonan umum dan diarahkan oleh pengarah hebat, Hashim Rejab membariskan pelakon handalan Zalif Sidek, Lisa Surihani, Zaidi Omar dan Mia Sara Nasuha.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...