cara meningkatkan kelajuan broadband anda

 Bosan dengan broadband yang lembab? hehehehe memang tidak berbaloi apabila kita berhadapan dengan situasi ini. Dahlah kita bayar mahal tetapi perkhidmatan yang kita dapat lembab. Kadangkala hendak membuka satu laman web pun memakan masa malah kadangkala tidak dapat nak surf internet lagi.


Tapi kali ini aku nak kongsi satu tips untuk meningkatkan sedikit kelajuan broadband anda. Semoga tips ini berguna untuk semua.


  1. Mula-mula korang Klik Start
  2. Dibahagian search,korang search gpedit.msc dan klik gpedit.msc
  3. Selepas itu korang akan jumpa Local Computer Policy—>Administrative Templates
  4. Klik Administrative Templates—> Network
  5. Dari Network,double click  QoS Packet scheduler
  6. Lihat menu sebelah kanan dan korang akan jumpa Limit Reservable Bandwidth
  7. Double click pada Reservable Bandwidth
  8. Kemudian ubah setting dari Not Configured —> Enabled
  9. Pada bahagian Options,tukar Bandwidth Limits dari 20 —> 0
  10. Klik Apply,ok
  11. Kemudian Restart komputer
Ok itu sahaja untuk kali ini semoga bermanfaat untuk semua.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...