Tapi iklan kali ini berbeza. Iklan yang memaparkan seorang kanak-kanak yang telah menanam satu azam untuk membanggakan ayahnya pada satu hari nanti. Dengan azam itu telah membawa dirinya ke Manchaster United dan menjadi seorang pemain bola sepak yang menjadi kebanggan bukan sahaja ayahnya tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Mungkin ada yang menganggap kita terlalu berhayal dengan iklan tersebut. Tapi apasalahnya jika ambil dari sudut positifnya bahawa tiada satupun yang mustahil jika berusaha. Kita tahu peraturan untuk mendapatkan permit kerja sebagai pemain bola sepak di Liga Perdana Inggeris bukan satu yang mudah tetapi dengan perancangan yang tepat pasti boleh berjaya. Ini bukan sahaja untuk para pemain bola sepak sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja yang mempunyaai cita-cita dan matlamat hidup pasti boleh berjaya jika berusaha.
Iklan ini juga menunjukkan bahawa sukan mampu menyatukan kita semua. Terbukti apabila Ramli menjaringkan gol semua bersorak gembira tidak kita kaum, umur, dan juga jantina, semuanya bangga dengan kejayaan. Semoga satu hari nanti akan ada anak Malaysia mampu beraksi di kancah EPL sebenar bukan hanya dalam iklan. Tahniah buat TM dan tahniah buat Malaysia.

1 comment:
Suka iklan ni...buat kita teringat kat harimau Malaya
Post a Comment