Iklan TM yang terbaik

Aku tertarik dengan satu iklan dari TM. Tahniah aku ucapkan untuk TM. Sebelum ini memang banyak iklan yang menarik pernah dihasilkan terutama apabila dekat-dekat dengan satu perayaan seperti hari raya, tahun baru Cina, hari merdeka dan macam-macam lagi. Tapi semua tu tak berapa meninggalkan kesan yang mendalam buat penonton (bagi akulah). Sebabnya kebanyakan iklan sebegini ialah iklan bermusim. Pendek kata kalau dah habis perayaan iklan ni dah tak laku lagi walaupun nilai-nilai murni perlu diteruskan juga.



Tapi iklan kali ini berbeza. Iklan yang memaparkan seorang kanak-kanak yang telah menanam satu azam untuk membanggakan ayahnya pada satu hari nanti. Dengan azam itu telah membawa dirinya ke Manchaster United dan menjadi seorang pemain bola sepak yang menjadi kebanggan bukan sahaja ayahnya tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Mungkin ada yang menganggap kita terlalu berhayal dengan iklan tersebut. Tapi apasalahnya jika ambil dari sudut positifnya bahawa tiada satupun yang mustahil jika berusaha. Kita tahu peraturan untuk mendapatkan permit kerja sebagai pemain bola sepak di Liga Perdana Inggeris bukan satu yang mudah tetapi dengan perancangan yang tepat pasti boleh berjaya. Ini bukan sahaja untuk para pemain bola sepak sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja yang mempunyaai cita-cita dan matlamat hidup pasti boleh berjaya jika berusaha.

Iklan ini juga menunjukkan bahawa sukan mampu menyatukan kita semua. Terbukti apabila Ramli menjaringkan gol semua bersorak gembira tidak kita kaum, umur, dan juga jantina, semuanya bangga dengan kejayaan. Semoga satu hari nanti akan ada anak Malaysia mampu beraksi di kancah EPL sebenar bukan hanya dalam iklan. Tahniah buat TM dan tahniah buat Malaysia.



1 comment:

Anonymous said...

Suka iklan ni...buat kita teringat kat harimau Malaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...